Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA solat jemaah BERJAYA MENCAPAI 320 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI SAHIH MUSLIM SUNAN AT-TERMIZI

41  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0582.
Dari Abu Umamah bin Sahal katanya: "Kami solat Zohor berjemaah bersama-sama dengan 'Umar bin 'Abdul 'Aziz. Setelah selesai solat kami pergi ke rumah Anas bin Malik, kami dapati dia sedang solat Asar. Aku bertanya, "Pakcik baru selesai solat apa?" Jawabnya, "Solat Asar. Beginilah solat Rasulullah saw. yang sentiasa kami lakukan bersama-sama dengan beliau (iaitu pada awal waktu)."

42  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 3023.
aksudnya : "Muhammad bin Ismail menceritakan kepada kami, Musa bin Ismail memberitahukan kepada kami, Abaan bin Yazid memberitahukan kepada kami, Yahya bin Abu Katsir memberitahukan kepada kami, dari Zaid bin Sallam; Sesungguhnya Abu Sallam menceritakan kepadanya, bahawa Haris Al Asy'ari menceritakannya, bahawa Nabi SAW bersabda :"Sesungguhnya Allah perintah kepada Yahya bin Zakaria lima ajaran, supaya ia melaksanakannya, Allah (juga) perintah kepada Bani Israil untuk melaksanakannya, dan sesungguhnya ia hampir-hampir malas melaksanakannya. Nabi Isa bersabda :"Sesungguhnya Allah perintah kepada mu dengan lima ajaran supaya kamu melaksanakan, dan supaya kamu perintah kepada Bani Israil untuk melaksanakannya. Adakalanya kamu yang perintah kepada mereka atau adakalanya saya perintah kepada mereka". Nabi Yahya bersabda :"Hai Yahya, jika engkau mendahului ku dengannya saya takut dimusnahkan atau diseksa". (Setelah itu) orang-orang berkumpul di Baitul Maqdis memenuhi masjid dan duduk-duduk di serambinya, maka Nabi Yahya bersabda :"(Hai Bani Israil) sesungguhnya Allah perintah kepada ku lima ajaran, supaya saya melaksanakan, dan supaya saya perintah kepada mu untuk melaksanakannya : Pertama iaitu supaya kamu menyembah Allah dan jangan menyekutukanNya barang sedikitpun, perumpamaan orang yang menyekutukan Allah, seperti seorang lelaki membeli hamba sahaya dari harta murninya dengan emas atau perak, dan ia berkata (kepada hambanya); "Ini rumahku, ini pekerjaanku, maka kerjakan dan laksanakan (semua itu) untukku". Akan tetapi ia mengerjakan dan melaksanakan (tugas) bukan pada tuannya. Maka siapakah yang rela apabila hambanya seperti itu ?. (Kedua) Allah perintah kepada mu semua mengerjakan solat. Apabila kamu semua melaksanakan solat, maka janganlah kamu tengok-tengok, kerana sesungguhnya Allah menghadapkan wajahNya kepada muka hambaNya di dalam solat hambanya, selagi ia tidak tengak-tengok. (Ke tiga) Allah perintah kepada mu berpuasa, adapun perumpamaannya, seperti seorang lelaki dalam satu kelompok, ia membawa satu kantong minyak misik, maka sekelompok tadi dibuat terhairan-hairan, atau merasa hairan oleh baunya, (begitu juga) sesungguhnya bau orang puasa di sisi Allah lebih harum dari minyak misik, (keempat) Allah perintah kepada mu bersedekah, adapun perumpamaannya, adalah seperti seorang lelaki yang ditawan musuh, musuh tadi mengikatnya dari tangan sampai lehernya, kemudian mereka mengajukannya untuk di penggal lehernya, maka sedekah tadi berkata :"Saya penebusnya dari kamu semua baik sedikit atau banyak (dalam bersedekah)", maka sedekah tadi menebus jiwanya dari mereka. (Ke lima) Allah perintah kepada mu untuk selalu berzikir (mengingat-ingat)Nya, adapun perumpamaannya adalah seperti seorang lelaki yang dikejar musuh di belakangnya dengan cepat, sehingga tatkala lelaki tadi sudah sampai di benteng yang kukuh, ia melindungkan jiwanya dari musuh, begitu juga hamba, ia tidak bisa menjaga jiwanya dari syaitan, kecuali selalu zikir kepada Allah. Nabi SAW bersabda :"Saya juga perintah kepada mu dengan lima (perkara) Allah telah perintah kepada ku dengan lima itu, iaitu mendengar dan taat (kepada penguasa), jihad, hijrah dan berjemaah (berkelompok), kerana seseorang yang meninggalkan kelompoknya sekedar sejengkal, bererti ia telah memutus buhul Islam dari lehernya, kecuali ia mahu kembali (ke kelompoknya). Dan barang siapa mengajak-ajak kepada ajakan kaum Jahiliah, maka orang itu termasuk kelompok ahli neraka". Seorang lelaki berkata. "Meskipun ia solat dan berpuasa ?" Rasulullah bersabda :"Meskipun ia solat dan berpuasa, maka ajak-ajaklah kepada ajakan Allah, yang Allah telah menamakan orang-orang muslim yang beriman sebagai hamba-hamba Allah". Hadis ini hasan sahih gharib. Muhammad bin Ismail berkata : "Harits Al Asy'ari dia punya sahabat dan baginya bukan hadis ini.

43  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0359.
Dari Abu Qatadah r.a., katanya: "Ketika kami sedang solat bersama Nabi saw., tiba-tiba beliau mendengar suara gaduh seorang laki-laki. Setelah selesai solat beliau bertanya, "Apa yang terjadi?" Jawab mereka, "Kami tergopoh-gopoh hendak solat." Sabda Nabi saw., "Jangan berbuat begitu! Apabila kamu hendak solat (berjemaah), bersikaplah tenang. Mana yang kamu dapati, solatlah bersama mereka, dan mana yang kamu tertinggal sempurnakanlah kemudian."

44  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0420.
Dari Jabir r.a., katanya: "Pada suatu waktu Mu'adz bin Jabal Al Anshari mengimami para sahabatnya solat Isyak. Ketika itu dia membaca surah yang panjang sehingga melamakan mereka solat. Kerana itu seorang lelaki yang ikut berjemaah memutuskan solatnya lalu dia solat sendiri. Hal itu disampaikan orang kepada Mu'adz, lalu Mu'adz berkata, "Dia munafik!" Tatkala orang itu mendengar ucapan Mu'adz yang demikian disampaikan orang kepadanya, dia pun melapor kepada Rasulullah saw. Rasulullah saw. bersabda kepada Mu'adz, "Hai, Mu'adz! Apakah engkau ingin menjadi tukang fitnah? Apabila engkau mengimami solat orang banyak, bacalah "Wasy Syamsi wadh dhuhaha." (Surat Asy Syams), atau "Sabbihisma rabbikal a'la" (Surat Al A'laa), atau "Iqra' bismi rabbika" (Surat At 'Alaq), atau "Wal laili idza yaghsya" (Surat Al Lail)."

45  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0610.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh. Kalaulah mereka tahu pahala keduanya, nescaya mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak. Inginlah aku rasanya menyuruh seseorang menggantikan ku mengimami solat, sesudah itu aku pergi dengan beberapa orang membawa ikatan-ikatan kayu bakar ke rumah-rumah orang yang tidak datang solat berjemaah, lalu dibakar rumah-rumah mereka."

46  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0860.
Dan Jabir r.a.. katanya: "Di masa hidup Rasulullah saw., bertepatan dengan had wafatnya Ibrahim, putera Rasulullah saw., telah terjadi gerhana matahari. Kerana itu ada orang yang berkata, bahawa gerhana itu terjadi kerana wafatnya Ibrahim, putera Rasulullah itu. Rasulullah berdiri, lalu beliau solat dengan orang banyak enam kali rukuk dan empat kali sujud. Mula-mula beliau takbir, kemudian membaca ayat dan memanjangkan bacaannya itu. Kemudian beliau rukuk, lamanya kira-kira selama beliau berdiri itu. Kemudian beliau mengangkat kepala dari rukuk (i'tidal), lalu dia membaca ayat, tetapi tidak sepanjang yang pertama. Kemudian beliau rukuk, lamanya kira-kira selama beliau berdiri. Kemudian i'tidal, lalu membaca ayat, tetapi panjangnya tidak sepanjang yang kedua. Kemudian beliau rukuk, lamanya lebih kurang selama ia berdiri. Kemudian beliau mengangkat kepala dari rukuk, sesudah itu langsung turun untuk sujud, dan beliau sujud du kali. Kemudian beliau berdiri, dan sesudah itu rukuk pula tiga kali; dan bacaannya setiap rakaat, yang dahulu lebih panjang daripada yang sesudahnya. Begitu pula lama rukuk hampir sama dengan lamanya sujud. Kemudian beliau mundur, maka mundur pula seluruh shaf di belakang beliau, hingga sampai ke dekat shaf kaum wanita. Kemudian beliau maju. maka maju pula seluruh jemaah mengikuti beliau, hingga sampai ke tempatnya semula. Sesudah itu solat gerhana selesai, dan matahari telah terang kembali. Di dalam khutbahnya antara lain beliau bersabda: "Hai manusia! Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua bukti diantara sekian banyak bukti kebesaran Allah. Dan keduanya tidak gerhana sebab kematian seorang manusia. Kerana itu apabila kamu melihat gerhana itu, maka solatlah sehingga cuaca terang kembali. Segala yang dijanjikan Allah diperlihatkan-Nya kepada ku dalam solat ku sebentar ini. Diperlihatkannya kepada ku neraka; iaitu ketika kamu lihat aku mundur, kerana aku takut akan terkena jilatannya, sehingga tampak olehku di dalamnya si pengait mengait mangsanya ke dalam neraka, kerana dia mencuri orang haji dengan kaitannya. Jika ditanya orang kepadanya kenapa kamu mencuri? Jawabnya, Aku tak sengaja, kerana hanya menyangkut pada kaitanku. Tetapi jika orang lalai, dia kait (copet) lagi. Ku lihat juga di neraka itu seorang wanita pemilik kucing. Dia mengikat kucing itu, tetapi tidak diberinya makan dan dia tidak pula melepaskannya, supaya kucing itu dapat mencari makannya sendiri seperti rumput-rumput bumi, sehingga akhirnya kucing itu mati kelaparan. Kemudian diperlihatkan pula kepada ku syurga; iaitu ketika kamu melihat ku maju, sehingga aku berdiri di tempatku ini. Ku jangkaukan tangan ku untuk memetik buah-buahannya, supaya kamu semua dapat melihatnya. Tapi ternyata aku tak dapat melakukannya. Tidak ada sesuatu yang telah dijanjikan Allah, melainkan ku lihat nyata dalam solat ku ini."

47  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0671.
Dari 'Abdullah bin Syaqjq r.a., katanya: "Pada suatu hari sesudah Asar, Ibnu 'Abbas memberikan pengajian di hadapan kami hingga terbenam matahari dan bintang-bintang sudah terbit. Lalu jemaah berteriak, "Solat! Solat!" Bahkan seorang lelaki Bani Tamim langsung berdiri ke hadapan Ibnu 'Abbas, beliau berkata, "Solat! Solat" Kata Ibnu 'Abbas, "Apakah engkau hendak mengajari ku tentang Sunnah Nabi, yang engkau belum tahu? Aku melihat Rasulullah saw. menjamak solat Zohor dan Asar, dan Maghrib dengan Isyak." Kata Abdullah bin Syaqiq, "Aku ragu kebenaran ucapan Ibnu 'Abbas itu. Kerana itu aku bertanya kepada Abu Hurairah. Ternyata Abu Hurairah membenarkan ucapan Ibnu 'Abbas itu."

48  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0598.
Dari Tsabit r.a, katanya jemaah bertanya kepada Anas tentang cincin Rasulullah saw. Kata Anas, "Pada suatu malam Rasulullah saw. mengundurkan solat Isyak hingga seperdua malam atau lebih. Sesudah itu barulah Nabi saw. solat. Beliau bersabda, "Orang-orang sudah solat dan mereka sudah tidur. Tetapi anda semua sentiasa seperti berada dalam solat selama anda dalam menunggu-nunggu waktu solat." Kata Anas, "Seolah-olah masih kelihatan oleh ku bagaimana berkilaunya cincin Nabi saw. yang dibuat dari Perak sambil ia mengangkat jari manisnya yang kiri."

49  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0376.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya : Pada suatu hari Rasulullah saw. solat mengimami kami. Setelah selesai solat beliau menghadap kepada jemaah lalu bersabda: "Hai Fulan: Mengapakah anda tidak membaguskan solat anda? Tidakkah anda lihat orang lain bagaimana dia solat? Sesunguhnya dia solat untuk dirinya. Demi Allah! Sesungguhnya aku dapat melihat ke belakang seperti aku melihat ke muka."

50  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 3024.
aksudnya : "Muhammad bin Basyar menceritakan kepada kami, Abu Dawud At Thayalisi memberitahukan kepada kami, Abaan bin Yazid memberitahukan kepada kami, dari Yahya bin Abi Katsir, dari Zaid bin Sallam, dari Abi Sallam, dari Harits Al Asy'ari, dari Nabi SAW juga seperti hadis ini dengan seerti. bahawa Nabi SAW bersabda :"Sesungguhnya Allah perintah kepada Yahya bin Zakaria lima ajaran, supaya ia melaksanakannya, Allah (juga) perintah kepada Bani Israil untuk melaksanakannya, dan sesungguhnya ia hampir-hampir malas melaksanakannya. Nabi Isa bersabda :"Sesungguhnya Allah perintah kepada mu dengan lima ajaran supaya kamu melaksanakan, dan supaya kamu perintah kepada Bani Israil untuk melaksanakannya. Adakalanya kamu yang perintah kepada mereka atau adakalanya saya perintah kepada mereka". Nabi Yahya bersabda :"Hai Yahya, jika engkau mendahului ku dengannya saya takut dimusnahkan atau diseksa". (Setelah itu) orang-orang berkumpul di Baitul Maqdis memenuhi masjid dan duduk-duduk di serambinya, maka Nabi Yahya bersabda :"(Hai Bani Israil) sesungguhnya Allah perintah kepada ku lima ajaran, supaya saya melaksanakan, dan supaya saya perintah kepada mu untuk melaksanakannya : Pertama iaitu supaya kamu menyembah Allah dan jangan menyekutukanNya barang sedikitpun, perumpamaan orang yang menyekutukan Allah, seperti seorang lelaki membeli hamba sahaya dari harta murninya dengan emas atau perak, dan ia berkata (kepada hambanya); "Ini rumahku, ini pekerjaanku, maka kerjakan dan laksanakan (semua itu) untukku". Akan tetapi ia mengerjakan dan melaksanakan (tugas) bukan pada tuannya. Maka siapakah yang rela apabila hambanya seperti itu ?. (Kedua) Allah perintah kepada mu semua mengerjakan solat. Apabila kamu semua melaksanakan solat, maka janganlah kamu tengok-tengok, kerana sesungguhnya Allah menghadapkan wajahNya kepada muka hambaNya di dalam solat hambanya, selagi ia tidak tengak-tengok. (Ke tiga) Allah perintah kepada mu berpuasa, adapun perumpamaannya, seperti seorang lelaki dalam satu kelompok, ia membawa satu kantong minyak misik, maka sekelompok tadi dibuat terhairan-hairan, atau merasa hairan oleh baunya, (begitu juga) sesungguhnya bau orang puasa di sisi Allah lebih harum dari minyak misik, (keempat) Allah perintah kepada mu bersedekah, adapun perumpamaannya, adalah seperti seorang lelaki yang ditawan musuh, musuh tadi mengikatnya dari tangan sampai lehernya, kemudian mereka mengajukannya untuk di penggal lehernya, maka sedekah tadi berkata :"Saya penebusnya dari kamu semua baik sedikit atau banyak (dalam bersedekah)", maka sedekah tadi menebus jiwanya dari mereka. (Ke lima) Allah perintah kepada mu untuk selalu berzikir (mengingat-ingat)Nya, adapun perumpamaannya adalah seperti seorang lelaki yang dikejar musuh di belakangnya dengan cepat, sehingga tatkala lelaki tadi sudah sampai di benteng yang kukuh, ia melindungkan jiwanya dari musuh, begitu juga hamba, ia tidak bisa menjaga jiwanya dari syaitan, kecuali selalu zikir kepada Allah. Nabi SAW bersabda :"Saya juga perintah kepada mu dengan lima (perkara) Allah telah perintah kepada ku dengan lima itu, iaitu mendengar dan taat (kepada penguasa), jihad, hijrah dan berjemaah (berkelompok), kerana seseorang yang meninggalkan kelompoknya sekedar sejengkal, bererti ia telah memutus buhul Islam dari lehernya, kecuali ia mahu kembali (ke kelompoknya). Dan barang siapa mengajak-ajak kepada ajakan kaum Jahiliah, maka orang itu termasuk kelompok ahli neraka". Seorang lelaki berkata. "Meskipun ia solat dan berpuasa ?" Rasulullah bersabda :"Meskipun ia solat dan berpuasa, maka ajak-ajaklah kepada ajakan Allah, yang Allah telah menamakan orang-orang muslim yang beriman sebagai hamba-hamba Allah". Hadis ini hasan gharib. Abu Sallam namanya Mamthur. Ali bin Mubarrak meriwayatkan hadis ini dari Yahya bin Abi Katsir.